fbpx

McPhee ke-11, KIP gagal tamat perlumbaan di Valencia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MCPHEE mengakui bermula di petak ke-16 menyebabkan dia sukar mengejar pelumba di kelompok hadapan. - AFP

PELUMBA Petronas Sprinta Racing, John McPhee terus bergelut dengan prestasinya apabila gagal mempamerkan tunggangan cemerlang di Grand Prix (GP) Valencia semalam selepas sekadar berpuas hati di kedudukan ke-11.

Pelumba Britain tersebut yang gagal menamatkan saingan minggu lalu bekerja keras sepanjang minggu ini dan kali terakhir Mcphee muncul juara di GP San Marino pada September lalu. 

Rakan sepasukan McPhee, Khairul Idham Pawi terus gagal mempamerkan prestasi yang membanggakan apabila gagal menamatkan saingan apabila terjatuh seawal perlumbaan.

Perlumbaan tersebut dimenangi pelumba Rivacold Snipers Team, Tony Arbolino dan Sergio Garcia (Estrella Galicia) tempat kedua sementara pelumba Red Bull KTM Ajo, Raul Fernandez tempat ketiga.

“Bermula di petak ke-16 bukan permulaan yang baik dan saya terpaksa bekerja keras untuk mengejar kelompok hadapan. 

“Pada saingan itu saya hampir terjatuh tetapi saya memperbaiki semula tunggangan dan kembali mengejar pelumba hadapan hingga berjaya menamatkan saingan ini. 

“Minggu yang kurang baik bagi pasukan dan saya akan berjuang pada perlumbaan terakhir di Portugal nanti,” kata McPhee.

Sementara itu, Khairul dilihat tidak begitu gembira dengan prestasinya dan bertekad untuk menghabiskan perlumbaan terakhir dengan keputusan baik di Portugal nanti.

“Saya pernah beraksi di Litar Portimao ketika beraksi dalam perlumbaan CEV 2015. Saya menamatkan saingan di kelompok kelima terbaik di sana. Saya mahu melakukan terbaik dan menamatkan saingan dengan keputusan yang lebih positif bersama pasukan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI