fbpx

Jimenez tidak tolak berhijrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JIMENEZ mengakui pernah dirisil Juventus dan United sebelum ini. - AFP

WEST MIDLAND – Penyerang Wolverhampton Wanderers, Raul Jimenez mengesahkan bahawa dia telah dihubungi oleh Juventus dan Manchester United pada jendela perpindahan lalu.

Aksi cemerlang yang dipamer pada musim lalu apabila meledak 27 gol dalam semua kejohanan menyaksikan Jimenez menjadi rebutan termasuk berada dalam senarai pengendali United, Ole Gunnar Solskjaer untuk memantapkan jentera serangan.

Bagaimanapun, Jimenez menyatakan komitmen terhadap Wolves apabila menandatangani perjanjian baharu selama tiga tahun pada Oktober untuk terus kekal bersama kelab itu.

Biarpun demikian, pemain antarabangsa Mexico itu tidak pernah menutup pintu dan peluang untuk dia mencari angin baharu berhijrah dari Stadium Molineux pada masa depan.

“Pada suatu hari, saya diberitahu bahawa Juventus mahukan saya, kemudian ada tawaran juga dari United. Namun, tidak ada sesuatu yang kukuh, saya gembira untuk kekal bersama Wolves.

“Tidak ada salahnya untuk saya terus kekal di sini kerana mereka telah menjadikan saya seperti hari ini tetapi mereka tahu saya tidak pernah berpuas hati dengan prestasi dan sentiasa mahukan sesuatu yang lebih.

“Mungkin perpindahan itu tidak berlaku ketika ini tetapi jika ia terjadi di masa hadapan sudah tentu ia adalah untuk kebaikan karier saya,” jelas­nya.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI