PEMANDU Mercedes, Lewis Hamilton menjulang gelaran juara dunia Formula Satu (F1) buat kali ketujuh dan muncul sebagai pelumba paling berjaya sepanjang zaman selepas menakluki Grand Prix (GP) Turki sebentar tadi.
Pelumba dari Britain tersebut menyamai rekod Michael Schumacher dari segi jumlah kejuaraan dunia F1 selepas memintas rekod paling banyak kemenangan GP milik legenda Jerman tersebut bulan lalu.
Sebaik sahaja menerima ucapan tahniah daripada pasukannya, Hamilton yang gagal membendung emosinya ketika keluar dari jentera lalu menjerit, “Kepada anak-anak muda di luar sana, impikan yang mustahil.” – K! ONLINE