fbpx

Guru ditahan kes salah guna kuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

ALOR SETAR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan seorang guru sebuah sekolah menengah di negeri ini kerana disyaki menyalahgunakan kuasa bagi pembekalan alat ganti automotif ke sekolah tersebut antara tahun 2008 hingga 2015.

Lelaki berusia 42 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Sungai Petani dekat sini kira-kira pukul 11.48 pagi ini.

Menurut sumber, suspek didakwa menggunakan kedudukannya sebagai guru sekolah itu dengan melantik adiknya bagi membekalkan peralatan alat ganti automotif bernilai RM26,706 ke sekolah tersebut.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada tahun 2008 hingga 2015.

Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd. Manap ketika dihubungi mengesahkan penahahan guru lelaki terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

“Suspek dilepaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin selain perlu melapor diri di pejabat SPRM setiap bulan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI