fbpx

Bank Pembangunan, Yayasan Ikhlas sumbang PPE untuk hospital Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosli (dua dari kiri) pada majlis penyerahan PPE kepada hospital di Sabah di Petaling Jaya baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Bank Pembangunan Malaysia Bhd. (Bank Pembangunan) telah bekerja­sama dengan Yayasan Ikhlas untuk menghasilkan dan menyumbangkan sebanyak 10,000 set Pelindung Diri (PPE) kepada petugas kesihatan barisan hadapan di Sabah.

Sumbangan tersebut adalah untuk kegunaan dua buah hospital terpilih di Semporna dan Tawau, Sabah.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutifnya, Arshad Mohamed Ismail berkata, sumbangan tersebut adalah tanda komitmen pihak bank untuk membantu mengurangkan beban barisan hadapan di hospital di Sabah yang bertungkus lumus bekerja demi menjaga keselamatan seluruh rakyat Malaysia.

“Kami berharap sumbangan ini akan membantu kerajaan me­merangi pandemik Covid-19 dan sekali gus memberikan impak positif ke atas usaha pencegahan, pengesanan dan rawatan kesihatan kepada masyarakat khusus­nya di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian bersempena majlis penyerahan sumbangan tersebut di kilang penghasilan set PPE di Petaling Jaya baru-baru ini.

Turut hadir Pengerusi Yayasan Ikhlas, Datuk Mohd. Rosli Ramli dan Pengurus Besarnya, Ir. Haji Kamaruddin Kassim.

Bantuan PPE ini merupakan kerjasama kali kedua pihak bank bersama Yayasan Ikhlas, yang mana sebelum ini sebanyak 17,500 set PPE te­lah dihantar ke Sabah dan Sarawak pada bulan Julai dan September lalu.

Secara keseluruhannya kerja­sama BPMB dan Yayasan Ikhlas setakat ini telah menyum­bang sebanyak 27,500 set PPE ke Sabah dan Sarawak de­ngan kos ke­seluruhan sebanyak RM1,064,700.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI