fbpx

Album BE refleksi emosi BTS tentang Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN BTS melawat Studio SiriusXM di Bandar Raya New York pada Februari lalu. - AFP

SEOUL – Album terbaharu kumpulan penyanyi popular Korea Selatan, BTS akan memberi tumpuan kepada impak emosi yang dirasai mereka sejak penularan pandemik Covid-19.

Bintang K-pop itu baru sahaja melancarkan album piring hitam, Map Of The Soul: 7 pada Februari lalu, namun terpaksa melupakan hasrat membuat konsert jelajah akibat krisis koronavirus.

Oleh sebab itu, BTS mengalihkan perhatian mereka kepada pembikinan album baharu, BE yang akan menceritakan tentang perasaan mereka sepanjang berdepan pandemik koronavirus.

“Penularan virus korona adalah sesuatu di luar jangkaan dan mengakibatkan banyak rancangan asal kami terpaksa ditunda. Namun begitu, ia juga memberi kami lebih masa untuk berehat dan fokus kepada diri sendiri termasuk muzik,” kata seorang ahlinya, Jimin kepada majalah Rolling Stone India.

“Kami banyak membuat refleksi ke atas emosi dirasai sepanjang tempoh tidak diduga ini ke dalam album baharu. Kami berpeluang terlibat lebih mendalam dalam proses produksi album seperti perbincangan soal konsep, komposisi lagu dan reka bentuk visual,” ujarnya.

Seorang lagi anggota, Jin menambah bahawa album tersebut  seperti helaian diari dalam kehidupan mereka sekarang.

Tajuk album BE mewakili ruang masa sekarang dan merakam emosi dan pemikiran jujur yang sedang dirasai oleh kumpulan itu.

Walaupun inspirasi album datang dari emosi yang agak gelap, BTS menjamin ia tidak akan menjadi halwa telinga yang terlalu berat untuk dinikmati oleh peminat.

“Lagu-lagu dalam album ini boleh meniupkan ketenangan buat pendengar ketika berdepan saat-saat sukar,” kata Jin. 

“Kami memasukkan banyak lagu-lagu yang santai agar semua orang boleh berasa gembira mendengarnya jadi kami berharap peminat berasa selesa dengan album baharu ini.

“Saya rasa album ini akan memberi peluang kepada kami untuk melangkah lebih jauh sebagai  artis yang boleh menggambarkan waktu sukar seperti sekarang menerusi muzik,” katanya.

Album BE akan dilancarkan pada 20 November ini. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI