fbpx

56 kediaman rosak akibat ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara 45 buah kediaman yang terjejas susulan kejadian ribut di Mambau, dekat sini, petang tadi.

SEREMBAN – Sebanyak 56 kediaman di Mambau rosak teruk susulan kejadian ribut, dekat sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, terdapat empat buah penempatan yang terjejas iaitu Kampung Batu 3, Kampung Kayu Ara, Taman Bukit Belida 1 dan Kampung Anak Air Garam.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Seremban, Mohd. Nizam Tajul Arus, setakat malam ini, sebanyak 21 buah rumah di Kampung Kayu Ara mengalami kerosakan susulan ribut selain sebuah surau serta kedai.

“Di Kampung Batu 3 pula sebanyak 24 buah rumah dan 10 buah rumah di Taman Belida 1 terjejas dalam kejadian ribut berkenaan. Di Kampung Anak Air Garam pula, hanya sebuah rumah terjejas.

“Buat masa ini tiada pusat pemindahan dibuka kerana sebahagian rumah masih boleh diduduki. Kesemua penghuni kediaman yang terjejas berada di kediaman masing-masing,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Sementara itu, Nizam berkata, kerajaan negeri akan membantu kerja-kerja membaik pulih kediaman yang rosak akibat bencana ribut berkenaan.

Kos baik pulih sedang dinilai dan kerja-kerja membaik pulih akan dilakukan serta merta.

Difahamkan, kejadian yang berlaku dalam tempoh 20 minit itu banyak pokok tumbang di kawasan berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI