fbpx

50 penternak ikan sangkar di Semerak terima bantuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Hassan Wan Ibrahim (dua kiri) menyerahkan 1,000 bag palet makanan kepada Mustaffa Bakar di Jeti Akuakultur Laguna Semerak, Pasir Puteh hari ini.

PASIR PUTEH – Seramai 50 penternak ikan siakap dan kerapu hibrid dalam sangkar di zon akuakultur penternakan ikan Laguna Semerak di sini menerima sumbangan berupa 1,000 beg palet makanan ikan seberat 25,000 kilogram hari ini.

Sumbangan itu diserahkan oleh kerajaan negeri melalui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim.

Wan Hassan berkata, sumbangan palet makanan ikan gred A itu dianggarkan berjumlah RM100,000 khusus untuk meringankan kos pengurusan ternakanikan sepanjang penularan wabak Covid-19 yang memerlukan penternak mengeluarkan kos yang tinggi.

Menurutnya, penternak terbabit juga menghadapi masalah untuk memasarkan ternakan mereka termasuk aspek pengurusan eksport ikan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kebanyakan negeri.

“Bantuan ini dapat meringankan bebanan penternak yang menanggung kerugian besar pada hujung tahun lepas apabila ribuan ikan ternakan mereka mati kesan air daratan yang masuk ke sungai.

“Kerajaan negeri turut berusaha mengatasi masalah air sungai yang semakin kotor dengan membuat permohonan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Kita telah menggali semula kawasan kuala yang tertimbus ekoran pembangunan terusan Semerak dan Kuala Tok Bali yang terletak kira-kira lima kilometer dari kawalan laguna,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan palet makanan ikan kepada Pengerusi Persatuan Penternakan Ikan Laguna Semerak, Mustaffa Bakar di jeti persatuan itu di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Hassan berkata, sehingga kini, kawasan akuakultur itu bagaikan sungai mati akibat terancam dengan sisa makanan ikan yang menjadi lumpur menyebabkan kualiti air sungai tercemar.

Katanya, proses menggali semula kawasan kuala lama yang tertimbus akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 melibatkan kawasan pesisir pantai Dalam Rhu dan sungai paya bakau seluas 4.6 hektar.

“Satu terusan baharu akan digali dengan perbelanjaan RM12 juta diharapkan dapat merancakkan projek penternakan ikan yang diusahakan oleh penternak yang sebelum ini merupakan golongan nelayan.

“Ikan yang diternak di sini dibekalkan kepada restoran dan hotel terkemuka di ibu negara dan sebahagiannya dieksport ke Singapura,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI