fbpx

Tindakan tegas kepada pihak adakan demonstrasi – Hazani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Hazani Ghazali.

KOTA KINABALU – Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali memaklumkan pihaknya setakat ini belum menerima sebarang laporan berkaitan demonstrasi di hadapan pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti kenyataan tular di laman sosial Facebook hari ini.

Hazani berkata, pihak polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas ke atas individu atau kumpulan sekiranya perhimpunan berkenaan diadakan.

“Kita akan mengenakan kompaun selain membuat tangkapan jika perhimpunan diteruskan, semua pihak harus ingat sebarang perhimpunan wajib mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa.

“Polis juga amat mengambil perhatian ke atas cubaan berhimpun seperti ini terutamanya ketika pandemik Covid-19 kini berada pada tahap membimbangkan,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Dalam pada itu, Hazani turut berkata, polis akan ambil tindakan terhadap pemilik akaun Facebook yang membuat kenyataan seperti itu di laman.

Terdahulu, satu kenyataan tular di laman sosial, seorang pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama ‘Pakdin’ meminta orang awam supaya menyertai demonstrasi di hadapan pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada hari Isnin depan pukul 11 pagi, Isnin depan.

Kenyataan terbabit menuntut KWSP agar mengeluarkan wang simpanan pekerja bagi meringankan beban ketika pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, beberapa pengguna Facebook turut menyatakan maklum balas pendapat tidak setuju dengan cadangan berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI