fbpx

Tak kira apa alasan, Sam patut lebih peka – Penganjur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TINDAKAN Sam gantung vape di leher amat dikesali penganjur ABPBH iaitu TV3 dan akhbar Berita Harian.

PETALING JAYA – Penganjur Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 (ABPBH33) berasa kesal dengan penampilan Shaheizy Sam yang menggantung rokok elektronik atau vape semasa siaran langsung acara tersebut pada malam tadi.

“Kami amat kesal dengan penampilan Shaheizy Sam yang menggantung rokok elektronik atau vape ketika naik ke pentas bagi mengumumkan pemenang anugerah.

“Semua artis telah diberi penerangan berhubung tata susila dan etika berpakaian, bukan sahaja untuk menghadiri majlis berprestij seperti ABPBH, malah kepada semua penyampai anugerah.

“Adalah menjadi tanggungjawab setiap artis untuk memastikan tingkah laku mereka tidak mendatangkan persepsi negatif kepada acara yang dihadiri sekaligus boleh menjejaskan imej artis-artis lain serta industri hiburan secara am,” katanya dalam satu kenyataan rasmi hari ini.

Artikel berkaitan : Sam mohon maaf cuai

Menurut penganjur, tidak kira apa alasan yang telah diberikan, Sam yang pernah memenangi gelaran Bintang Paling Popular ABPBH sebanyak tiga kali dan juga sebagai seorang artis yang berpengalaman sepatutnya lebih peka dalam menghormati pihak penganjur, artis-artis lain dan industri hiburan serta penonton di rumah.

“Pihak penganjur telah berkerja keras untuk memastikan acara berjalan lancar serta mematuhi prosedur operasi Standard sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), malangnya insiden ini telah mencalarkan kredibiliti ABPBH33. Perkara ini adalah amat dikesali,” kata penganjur.

ABPBH merupakan program tahunan anjuran akhbar Berita Harian dan TV3. – K! ONLINE

 

– K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI