fbpx

Pokok kelapa hempap dapur, bilik rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pokok kelapa dengan ketinggian 30 kaki tumbang dan menghempap ruang dapur serta bilik sebuah rumah di Batu 8 Kampung Nyatoh, Kuala Sawah, Rantau di sini malam tadi.

SEREMBAN – Nyawa seorang wanita bersama keluarganya masih panjang selepas terselamat dalam kejadian pokok kelapa tumbang dan menghempap rumahnya di Batu 8 Kampung Nyatoh, Kuala Sawah di Rantau di sini malam semalam

Mangsa Siti Mariam Kassim, 50, berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 7 malam itu dia bersama anak-anak dan ahli keluarga sedang makan malam sebelum dikejutkan dengan bunyi pokok tumbang.

“Ketika itu hujan lebat dan ribut, selang beberapa minit kemudian secara tiba-tiba pokok kelapa yang berada di belakang rumah saya menghempap bahagian bilik dan dapur.

“Dalam keadan cemas itu, saya bersama ahli keluarga berjaya menyelamatkan diri dan keluar dari rumah tersebut,” katanya yang bekerja sebagai Pembantu Perubatan Klinik Kesihatan di Seremban.

Menurut Siti Mariam, dia bersyukur nyawa mereka sekeluarga masih panjang dan terselamat dalam kejadian tersebut.

Sementara itu, Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Pegawai Bomba Kanan, Mohd. Syazwan Saidy berkata, pihaknya bersama kekuatan enam anggota tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 7.33 malam sebaik menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu.

“Setibanya di lokasi, didapati terdapat pokok kelapa dengan ketinggian 30 kaki (9.114 meter) tumbang dan menghempap bahagian ruang dapur dan bilik tidur, keluasan rumah dianggarkan 100 X 100 meter persegi.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kemusnahan di ruangan bilik tidur dengan keluasan 15 X15 meter persegi,” katanya.

Menurut Mohd. Syazwan, anggota bomba telah membuat kerja-kerja penyelamatan khidmat khas dengan memotong dan menebang pokok kelapa tersebut dengan menggunakan peralatan menyelamat. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI