fbpx

PGA rampas 6.84 tan daging ayam sejuk beku seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Daging ayam sejuk beku yang dirampas anggota PGA Batalion 9 di dua lokasi berasingan di Tanah Merah semalam.

RANTAU PANJANG – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 berjaya mengagalkan cubaan menyeludup masuk daging ayam sejuk beku seberat 6.84 tan dari negara jiran di dua lokasi berasingan di Tanah Merah semalam.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 9, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, rampasan itu dilakukan selepas pasukannya menemui dua buah lori yang sarat dengan barangan berkenaan berada di tepi jalan berhampiran Simpang Empat Kusial dan Simpang Tiga Felda Kemahang.

Menurutnya, PGA tidak menolak kemungkinan kedua-dua buah lori itu ditinggalkan selepas kegiatan tersebut berjaya dikesan oleh pasukan berkenaan.

“Kita temui kedua-dua lori itu pada pukul 6.45 pagi dalam keadaan tidak berkunci.

“Pemeriksaan lanjut keatas kenderaan itu telah menemui 570 kotak dengan setiap paket seberat 12 kilogram,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nor Azizan berkata, siasatan awal mendapati bahan itu diseludup masuk dari negara jiran menggunakan laluan tidak sah.

Katanya, nilai keseluruhan rampasan termasuk dua buah lori dianggarkan berjumlah RM391,000.

Tambahnya, kesemua barangan rampasan itu akan diserahkan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kelantan untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Maqis 2011. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI