fbpx

Muhyiddin ketuai delegasi Malaysia Sidang Kemuncak ASEAN ke-37

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai delegasi Malaysia di Kuala Lumpur pada hari ketiga Sidang Kemuncak ASEAN ke-37 yang diadakan secara maya pagi tadi.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai delegasi Malaysia di Kuala Lumpur pada hari ketiga Sidang Kemuncak ASEAN ke-37 yang diadakan secara maya pagi ini.

Delegasi Malaysia disertai Menteri Luar, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein serta Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Muhyiddin dijadualkan menyampaikan lima intervensi iaitu di ASEAN-New Zealand Leader’s Summit, 2nd ASEAN-Australia Biennial Summit, 23rd ASEAN+3 (APT) Summit, ASEAN +3 Leaders’ Interface with Representative of East Asia Business Council (EABC), and the 15th East Asia Summit (EAS).

Beliau akan memulakan ucapan intervensi pertama di Sidang Kemuncak Peringatan Hubungan ASEAN-New Zealand (ASEAN-New Zealand Commomerative Summit) yang turut disertai Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern.

Sidang kemuncak ASEAN ke-37 itu dipengerusikan Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc yang juga merupakan Pengerusi ASEAN 2020.

Vietnam sebagai tuan rumah bagi persidangan tahun ini mengadakan sidang secara maya berikutan penularan pandemik Covid-19.

Hari pertama persidangan menyaksikan tiga pengumuman penting dilakukan iaitu pelancaran Rizab Bekalan Perubatan Serantau ASEAN; pelancaran Dokumen Rasmi Rangka Kerja Pemulihan Komprehensif ASEAN; dan penubuhan Pusat Serantau ASEAN Mengenai Darurat Kesihatan Umum dan Penyakit-Penyakit Baru. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI