PETALING JAYA – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan sebanyak RM9.5 juta bagi Bantuan Zakat Kecemasan.
Unit Komunikasi Korporat MAIWP dalam satu kenyataan akhbar berkata, mereka yang layak akan menerima bantuan RM500 dan akan disalurkan sebelum 31 Disember 2020.
Bagaimanapun, kata Unit Komunikasi Korporat MAIWP. dua syarat utama ditetapkan bagi mereka yang mahu memohon bantuan tersebut.
“Pemohon tinggal di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dan pemohon bukan penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal MAIWP,” kata kenyataan itu hari ini.
Unit Komunikasi Korporat MAIWP berkata, permohonan boleh dilakukan secara dalam talian menerusi
ebaitulmal.maiwp.gov.my/ez-zakat.
Menurut Unit Komunikasi Korporat MAIWP, tempoh untuk membuat permohonan bantuan tersebut bermula 16 hingga 27 November ini.
Jelas Unit Komunikasi Korporat MAIWP, golongan sasar menerima bantuan itu adalah pemandu teksi dan e-hailing, pengawal keselamatan, peniaga kecil serta hilang pekerjaan akibat Covid-19.
Tambah Unit Komunikasi Korporat MAIWP, lain-lain golongan yang terkesan akibat Covid-19 turut layak memohon bantuan berkenaan. – K! ONLINE