fbpx

Dua buruh binaan Myanmar ditahan disyaki aniayai gadis OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua buruh binaan warga Myanmar ditahan kerana disyaki merogol gadis OKU bisu dan pekak di Ajil di Hulu Terengganu pada kelmarin.

HULU TERENGGANU – Dua buruh binaan warga Myanmar ditahan polis kerana disyaki memperkosa seorang gadis orang kelainan upaya (OKU) pekak dan bisu di Ajil di sini pada kelmarin.

Kedua-dua suspek masing-masing berusia 20-an dan 30-an diberkas selepas mangsa membuat aduan berhubung kes tersebut di Balai Polis Ajil di sini pada pukul 7.30 malam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, gadis berusia 23 tahun itu disyaki dirogol dua suspek berkenaan di dalam sebuah tapak pembinaan yang terletak kira-kira 50 meter dari rumahnya.

” Sewaktu kejadian mangsa mendakwa sedang berada di pintu dapur rumahnya sebelum diperdaya dua suspek itu untuk mengikut mereka.

“Dia kemudiannya telah diheret masuk ke dalam tapak pembinaan berkenaan sebelum diperkosa,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Adli berkata, gadis itu pulang semula ke rumah dalam keadaan menangis teresak-esak yang telah menimbul tanda tanya dalam kalangan ahli keluarganya yang lain.

Beliau berkata, sebaik mengetahui mangsa telah diperkosa, keluarga telah membawa gadis OKU tersebut ke Balai Polis Ajil untuk membuat laporan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI