fbpx

1,114 kes positif, empat kluster baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kes jangkitan Covid-19 hari ini melaporkan sebanyak 1,114 kes baharu termasuk daripada empat kluster baharu menjadikan jumlah kes positif sebanyak 46,209 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 1,112 kes adalah penularan tempatan manakala dua kes import dari Indonesia dan Jordan.

“Sabah mencatatkan sebanyak 391 kes atau 35.1 peratus daripada keseluruhan kes positif pada hari ini diikuti Negeri Sembilan dengan 371 kes (33.3 peratus) yang sebahagian besarnya adalah daripada Kluster Cergas iaitu sebanyak 363 kes.

“Empat kluster hari ini ialah Kluster Istimewa dan Alila masing-masing di Sandakan dan Kota Kinabalu, Sabah manakala dua lagi ialah Kluster Assumption dan Rajawali di Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Noor Hisham berkata, dua lagi kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan di Sabah menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian sebanyak 306.

Pada masa sama, beliau berkata, sebanyak 803 kes pulih dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih adalah 33,772 setakat hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI