fbpx

Wanita Nepal mati dibunuh rakan senegara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita warga nepal yang maut ditusuk pisau di sebuah restoran di Jalan Kepayang, Klang kelmarin.

KLANG – Seorang wanita warga Nepal maut ditusuk di bahagian leher menggunakan pisau dalam pergaduhan di restoran tempatnya bekerja di Jalan Kepayang di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 petang itu, wanita berusia 30-an yang merupakan pekerja sambilan restoran itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, sepasukan polis telah dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan berhubung pergaduhan tersebut.

Katanya, sebaik tiba didapati seorang wanita terbaring dengan berlumuran darah di restoran itu selain seorang lelaki yang juga terbaring dalam keadaan mabuk.

“Polis kemudiannya menahan lelaki tersebut yang merupakan rakan senegara mangsa sebelum dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini untuk ujian kesihatan.

“Turut ditemui di lokasi kejadian adalah pisau yang digunakan oleh suspek tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, siasatan lanjut kemudiannya membawa penahanan empat lagi individu yang terdiri pelanggan dan penjaga restoran itu yang juga warga Nepal.

Ujarnya beliau, kesemua suspek ditahan berusia 30-an dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan pihaknya.

“Empat daripada mereka direman selama empat hari manakala seorang lagi yang sedang menerima rawatan di HTAR direman selama tujuh hari bermula hari ini.

“Kita anggap kes ini telah pun selesai dengan penangkapan kelima-lima suspek berkenaan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI