LAMA menyepi, perkongsian terbaharu aktor Ahn Jae-hyun dalam Instagram baru-baru ini mengundang perhatian.
Dalam sekeping gambar itu, Jae-hyun dilihat mengenakan baju-T berwarna putih selain mengayakan stail rambut baharu yang dipotong pendek.
Teruja dengan perkembangan aktor itu, peminat bagaimanapun bimbang melihat perubahan fizikal Jae-hyun yang kelihatan susut berbanding sebelumnya.
“Nampak seperti tubuh badan Jae-hyun sangat susut. Saya berharap dia sentiasa sihat,” kata seorang peminat.
Peminat berharap dia segera membuat kemunculan semula setelah lama berehat pasca kontroversi perceraian dengan aktres Ku Hye-sun pada 5 Julai 2020.
Selepas bercerai, dua bintang itu membawa haluan masing-masing.
Tidak seperti Hye-sun yang dilihat konsisten berkongsi perkembangan dalam media sosial, Jae-hyun pula memadam semua gambar dalam Instagram, selain tidak lagi mengikuti semua orang dalam platform itu.
Aktor Love With Flaws itu kemudian muncul kembali dalam Instagram pada 1 Oktober lalu. Dia berkongsi dua keping gambar dan mendapat lebih 400,000 tanda suka daripada peminat.