fbpx

Tiada bukti undi hilang, ditukar dalam pilihan raya AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pegawai pilihan raya (hadapan) mengesahkan maklumat pengundi di sebuah pusat pembuangan undi di Cedar Rapids, Iowa pada 2 November lalu. - AFP

WASHINGTON – Pegawai-pegawai kanan pilihan raya  persekutuan dan negeri Amerika Syarikat (AS) menyatakan semalam bahawa tiada bukti undi dalam pilihan raya Presiden baru-baru ini hilang atau ditukar atau pun sistem pengundian korup.

“Pilihan raya  3 November lalu adalah yang paling selamat dalam sejarah Amerika,” kata pegawai pilihan raya peringkat negeri dan nasional yang bertanggungjawab menjaga keselamatan pemilihan itu dalam satu kenyataan sekali gus menyangkal tuduhan Parti Republikan dan White House.

“Tiada bukti menunjukkan sebarang sistem pengundian telah dipadamkan atau undi hilang, undi ditukar atau terjejas dalam mana-mana cara sekali pun,” kata mereka . – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI