fbpx

Tapir mati, lelaki cedera kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAMPIN – Seorang lelaki cedera selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan seekor tapir yang melintas di Jalan Johol-Rokan-Gemencheh, dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, mangsa berusia lingkungan 20an dipercayai dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke kediamannya di Felda Bukit Rokan Utara.

Menurut sumber, kemalangan berkenaan berlaku berhampiran tempat belajar memandu di yang terletak di Kampung Batang Rokan, Gemencheh.

Keadaan sebuah motosikal yang terlibat dengan seekor tapir malam tadi.

“Mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah bagi rawatan lanjut.

“Manakala, tapir berkenaan yang merupakan antara haiwan yang dilindungi dan hampir pupus, dipercayai mati dalam kejadian berkenaan,” katanya.

Sumber berkata, motosikal mangsa jenis Yamaha 125 rosak teruk di bahagian hadapan kesan dari perlanggaran dengan tapir berkenaan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI