fbpx

Seorang lagi direman 7 hari kes pencemaran Sungai Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah Selayang.

SELAYANG – Seorang lagi lelaki ditahan reman tujuh hari di Mahkamah Majistret di sini hari ini berhubung pencemaran bau bahan pelarut di Sungai Selangor yang berlaku Selasa lalu.

Perintah reman ke atas suspek berusia 58 tahun itu dikeluarkan Majistret Nur Hafizah Rajuni bermula hari ini sehingga 19 November selepas membenarkan permohonan polis untuk menahan remannya.

Lelaki itu ditahan reman bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan melakukan khianat dengan mendatangkan bencana terhadap perjalanan tali air sehingga menyebabkan susut bekalan air kepada manusia dan haiwan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 30 tahun dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Prosiding reman itu bermula pukul 9 pagi dan selesai pukul 9.20 pagi.

Terdahulu suspek dibawa ke Kompleks Mahkamah Selayang pada pukul 8.30 pagi selepas ditahan semalam.

Rabu lalu Kosmo! Online melaporkan empat termasuk dua pengarah syarikat pembinaan jalan raya ditahan reman tujuh hari berhubung pencemaran sama.

Mereka yang direman ialah seorang wanita dan seorang lelaki yang merupakan pengarah syarikat, manakala dua lagi lelaki yang direman salah seorangnya warganegara Bangladesh.

Perintah tahanan reman bermula semalam sehingga 17 November itu dikeluarkan oleh Majistret Nor Hafizah Rajuni ke atas kesemua suspek berusia 33 hingga 43 tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI