LINZ, Austria – Pilihan pertama, Aryna Sabalenka tampil garang apabila mara ke suku akhir Terbuka Linz selepas mudah menewaskan pemain Switzerland, Stefanie Vogele dengan kemenangan straight set 6-0, 6-3 awal pagi tadi.
Sabalenka hanya memerlukan 67 minit untuk melepasi pusingan kedua tersebut dan akan dijadualkan berdepan pemain Perancis, Oceane Dodin awal pagi esok.
Pemain ranking No.1 dunia tersebut mahu memburu penamat terbaik musim 2020 dengan melengkapkan kemenangan ketiganya tahun ini selepas muncul juara di Terbuka Qatar (Februari) dan Terbuka Ostrava pada Oktober lalu.
“Saya bermula dengan baik dan tidak ketinggalan pada set pertama. Pada perlawanan kedua, Vogele mula mengatur permainan dan lebih agresif untuk membawa perlawanan pada set ketiga.
“Saya tidak mahu membiarkan ia berlaku dan mahu menamatkan perlawanan lebih cepat. Saya tahu akan berdepan masalah jika beraksi di set ketiga nanti,” katanya.
Lebih menarik, jika Sabalenka melepasi suku akhir dia dijadualkan akan berdepan Elise Mertens iaitu rakan sepasukan ketika meraih kemenangan acara beregu di Terbuka Ostava.
“Jika kami berdua melepasi suku akhir dan ia merupakan kali pertama kami berjumpa di peringkat separuh akhir. Saya mahu berjumpa Mertens di pentas final dan sudah pasti ia akan menjadi pertembungan yang lebih menarik,” ujarnya. – AGENSI