LISBON – Kapten Portugal, Cristiano Ronaldo hanya kekurangan tujuh gol lagi untuk menyamai rekod 109 gol milik bekas penyerang Iran, Ali Daei yang menjadi penjaring terbanyak untuk pasukan kebangsaan.
Ronaldo yang masuk pada separuh masa kedua berjaya meledak gol keenam Portugal ketika mereka menewaskan Andorra 7-0 pada aksi persahabatan di Estadio da Luz, Lisbon awal pagi semalam.
“Ronaldo sentiasa mahu diturunkan dan bermain dalam setiap perlawanan. Dia tidak mahu diletakkan di luar padang,” kata jurulatih Portugas, Fernando Santos.
Pada bulan lalu, Ronaldo berjaya melepasi angka 100 gol yang dijaringkan bersama skuad Portugal selepas meledak dua gol ketika membantu pasukan itu menewaskan Sweden pada aksi Liga Negara-Negara Eropah.
Santos enggan mengambil risiko apabila tidak menyenaraikan Ronaldo dalam kesebelasan utama kerana pemain itu baharu sahaja pulih daripada kecederaan lutut selain turut dijangkiti Covid-19 sebelum ini.
Dia kemudian menambah satu lagi gol menjadikan keseluruhan 102 gol dikumpulkan setakat ini selepas mudah menanduk masuk gol keenam pada aksi menentang Andorra itu pada minit ke-85 perlawanan.
Ramai pemerhati berpendapat, Ronaldo tidak berdepan masalah untuk mencari tujuh lagi gol bagai menyamai rekod Daei dan berkemungkinan besar mampu memecahkan rekod tersebut. – AGENSI