fbpx

Robertson pacu Scotland ke pentas Euro 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SCOTLAND mara ke pusingan akhir Euro 2020 selepas berjaya menewaskan Serbia menerusi penentuan sepakan penalti awal pagi tadi. - AFP

GLASGOW – Kapten Scotland, Andy Robertson mengakui lega apabila tidak perlu mengambil sepakan penalti selepas pasukannya menamatkan penantian 23 tahun untuk beraksi di pusingan akhir Euro 2020 selepas berjaya menewaskan Serbia menerusi penentuan penalti 5-4 pada aksi play-off awal pagi tadi.

Pada aksi tersebut, Scotland dan Serbia terikat 1-1 dalam aksi perlawanan sebenar dan masa tambahan sebelum saingan terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti.

Kata Robertson, dia sepatutnya mengambil sepakan penalti sekiranya tendangan yang dilakukan oleh penyerang Serbia Aleksandar Mitrovic gagal diselamatkan oleh penjaga gol, David Marshall.

“Saya diarahkan oleh jurulatih untuk mengambil sepakan penalti yang keenam buat pasukan meskipun saya mengalami kecederaan hamstring. Namun, saya sangat gembira apabila Marshall berjaya menyelamatkan sepakan terakhir Serbia.

“Secara jujur, kami berhak untuk melangkah ke pentas final Euro 2020 tahun depan dan ini adalah detik bersejarah dan membanggakan buat pasukan. Tidak keterlaluan untuk saya katakan ini adalah perlawanan paling beremosi sepanjang karier,” kata bintang pasukan Liverpool itu.

Keputusan itu juga menyaksikan Scotland telah diundi dalam Kumpulan D bersama England, Republik Czech dan Croatia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI