fbpx

Restoran disyaki sediakan mi kari daging babi diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota KPDNHEP Selangor menunjukkan daging dari sebuah restoran yang disita untuk ujian makmal.

SHAH ALAM – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyerbu sebuah restoran terkenal yang tular menyediakan mi kari disyaki daging babi di Subang Jaya, hari ini.

Pengarah KPDNHEP Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, hasil pemeriksaan dilakukan kira-kira pukul 11 pagi itu mendapati premis berkenaan mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Katanya, sijil tersebut masih dalam tempoh sah sehingga 30 November ini.

Katanya, siasatan awal mendapati terdapat tiga orang pekerja warga Myanmar yang bertugas sebagai tugas masak berdasarkan keterangan pengurus restoran terbabit.

“Pemeriksaan lanjut anggota ke bahagian dapur restoran telah menemui bahan mentah yang digunakan untuk menyediakan menu mi kari kepada pelanggan.

“Bahan mentah utama iaitu daging yang disyaki daging ayam disita bagi tujuan ujian makmal dan keterangan oleh pakar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menambah, turut disita semasa pemeriksaan adalah sijil halal Jakim dan dokumen penghantaran bahan mentah oleh pembekal.

Kata Muhamad Zikril, pengurus premis turut memaklumkan bekalan bahan mentah dipesan oleh pihak ibu pejabat syarikat restoran terbabit.

“Kes disiasat dibawah kesalahan Perintah 3(1)(a) Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011,” jelasnya.

Terdahulu tular video berdurasi 41 saat yang mendakwa restoran tersebut menyediakan mi kari daging babi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI