fbpx

PKPD Medan 88: Enam lagi berjaya dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Kamarul Azran meneliti maklumat jumlah penghuni Medan 88 di Bilik Gerakan Pengurusan Bencana Daerah Sepang, di sini hari ini.

SEPANG – Seramai empat penghuni terdiri daripada tiga warga asing dan seorang warga tempatan yang melarikan diri daripada kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Medan 88, di Bandar Baru Salak Tinggi pulang ke rumah masing-masing hari ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, tiga warga asing itu masing-masing seorang lelaki warganegara India, Nepal dan Indonesia manakala warga tempatan pula adalah seorang wanita dari Sabah.

Beliau pada masa sama memaklumkan terdapat dua lagi individu yang dibenarkan pulang ke rumah selepas mendapat rawatan di Hospital Sungai Buloh.

“Kesemua individu tersebut yang pulang ke rumah masing-masing hari ini telah menjalani ujian saringan Covid-19,” katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di Bilik Gerakan Pengurusan Bencana Daerah Sepang di sini hari ini.

Terdahulu, Wan Kamarul Azran mengesahkan seramai 13 penghuni berjaya dikesan pagi tadi.

Katanya, pertambahan enam lagi penghuni terbabit menjadikan jumlah keseluruhan setakat pukul 3 petang adalah 19 orang.

Menurutnya, polis akan mempertingkatkan usaha bagi mengesan penduduk yang melarikan diri di samping mengharapkan bantuan orang ramai bagi menyalurkan maklumat,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI