fbpx

Park Bom dilabel pembawa masalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARK BOM

BEKAS anggota kumpulan 2NE1, Park Bom kerap menjadi kritikan netizen yang sengaja mencari silapnya termasuk soal penampilan dan kontroversi penyalahgunaan dadah sehingga dituduh menjadi punca terbubarnya kumpulan itu pada 2016. 

Ekoran kerap menjadi mangsa kecaman netizen, Park Bom bersuara menangkis semua dakwaan tersebut. Tegasnya, dia bukan punca pembubaran 2NE1. 

“Bukan saya, tetapi orang lain yang buat,” kata Park Bom membalas komen seorang peminat dalam Instagram. 

Sebagai respons terhadap kenyataan tersebut, peminat mahu penyanyi berusia 36 tahun itu memperincikan penjelasannya.

“Beritahu kami siapa yang menghancurkan 2NE1! Saya akan lindungi awak Bommie. Saya juga akan sokong kemunculan semula awak nanti,” kata seorang penyokongnya. 

Tahun lalu, Park Bom dilihat kembali aktif dalam media sosial dengan berkongsi gambar terkininya kepada peminat, sekali gus memberi bayangan akan membuat kemunculan semula. 

Di sebalik keterujaan peminat menantikan kemunculannya, ada yang tidak berhati perut mengambil peluang mencemuh dan menyalahkan dirinya sebagai punca terkuburnya 2NE1.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI