fbpx

Pandu lawan arus untuk elak sekatan polis, lelaki direman tiga hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu berusia 34 tahun yang tular memandu melawan arus bagi mengelak sekatan jalan raya di Bidor dibenarkan reman selama tiga hari di oleh Mahkamah Majistret Tapah di sini hari ini.

TAPAH – Lelaki yang memandu Perodua Axia melawan arus bagi mengelak sekatan jalan raya (SJR) hingga mengakibatkan kemalangan tiga kenderaan di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) Rabu lalu direman tiga hari untuk membantu siasatan.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Mohd. Harith Mohd. Mazlan bagi membolehkan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kosmo! hari ini melaporkan, pemandu berusia 34 tahun itu ditahan di rumahnya di Bidor, kira-kira jam 11 pagi semalam.

Dalam kejadian Rabu lalu, suspek yang dikatakan ingin mengelak SJR di Plaza Tol Sungkai memandu melawan arus sehingga mengakibatkan kemalangan di KM355.4 PLUS, arah utara dekat Bidor.

Difahamkan, lelaki itu dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Bidor untuk menyambut perayaan Deepavali, Sabtu ini.

Tindakan suspek yang secara tiba-tiba itu telah menyebabkan kereta dipandunya bertembung dengan kereta Toyota Rush dipandu lelaki berusia 25 tahun dan sebuah treler di lorong kiri yang tidak sempat mengelak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI