fbpx

Mr. Bean akan buat kemunculan semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rowan Atkinson ketika tayangan perdana filem Mr. Bean's Holiday di London pada tahun 2007. - AFP

LONDON – Karakter popular , Mr. Bean bakal membuat kemunculan semula apabila stesen televisyen Britain, ITV menyambut ulang tahun ke-30 watak komedi legenda itu.

Rowan Atkinson, 65, yang pertama kali membawa  watak Mr. Bean pada Januari 1990 segera menawan hati peminat seluruh dunia menerusi 15 episod musim pertama. Siri komedi itu tamat pada Disember 1995, manakala  dua filemnya  dan satu siri animasi menyusul kemudian.

Kejayaan siri komedi itu yang merupakan idea asal Atkinson dan Richard Curtis akan diraikan dalam siri dokumentari  ITV bermaksud Selamat Hari Lahir, Mr. Bean.

Menggunakan klip klasik dan hasil temu bual bersama  pencipta asal karakter termasuk Atkinson sendiri, dokumentari itu akan mendedahkan rahsia di sebalik kejayaan Mr. Bean menjadi bintang ternama antarabangsa dengan lebih 110 juta peminat online.

Tarikh siaran dokumentari khas itu masih lagi dalam perbincangan dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Tarikh siaran dokumentari istimewa Mr. Bean akan diumum dalam masa terdekat. -AFP

Meskipun Mr. Bean mencatat kejayaan luar biasa, Atkinson mengaku dia tidak pernah berasa gembira ketika berlakon dalam siri itu.

Dalam satu sesi temu ramah awal tahun ini, Atkinson mendedahkan tanggungjawab yang dipikul bagi memastikan watak Mr. Bean menjadi lucu memberinya banyak tekanan.

“Saya mohon maaf tidak berasa gembira ketika menjayakan episod atau filem berkaitan Mr. Bean kerana beban untuk memastikannya kelakar sangat berat.

“Saya mendapat banyak sokongan kru penggambaran tetapi penentuan sama ada lawak yang dihasilkan itu lucu atau tidak adalah  bergantung pada saya dan  itu sangat memberi tekanan,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN