fbpx

Gomez alami cedera lutut serius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GOMEZ dilaporkan mengalami kecederaan lutut yang agak serius ketika sesi latihan bersama England menyebabkan dia terpaksa digugurkan. – AFP

LONDON – England terpaksa melupakan khidmat bek tengah Liverpool, Joe Gomez menje­lang dua aksi Liga Negara-Negara Eropah menentang Belgium dan Iceland minggu depan selepas dilaporkan mengalami kecederaan lutut serius.

Gomez akan menjalani pe­meriksaan lanjut bagi mengetahui tahap dan tempoh pemulihan yang perlu dilakukan oleh pemain berusia 23 tahun itu selepas mengalami kecederaan tersebut sewaktu sesi latihan The Three Lions kelmarin.

Pengurus England, Gareth Southgate kecewa kerana terlepas peluang untuk menggunakan khidmat Gomez untuk aksi persahabatan antarabangsa menentang Ireland yang berlangsung di Stadium Wembley awal pagi tadi.

“Saya tidak boleh membe­ritahu anda tahap kecederaan Gomez kerana dia belum menjalani ujian imbasan lagi. Namun, apa yang saya boleh katakan ia kelihatan serius.

“Sudah tentu saya berharap ia tidak serius seperti jangkaan kami. Apa yang pasti dia mungkin tidak terlibat dengan banyak perlawanan bersama kami selepas ini,” katanya.

Kecederaan dialami Gomez itu semestinya memberi tamparan hebat bukan sahaja kepada England, tetapi Liverpool yang sudah kehilangan ramai pemain pertahanan ketika ini seperti
Virgil Van Dijk, Fabinho dan terbaharu Trent Alexander-Arnold.

Justeru, pengurus Liverpool, Jurgen Klopp terpaksa mengharapkan seorang lagi pemain pertahanan tengahnya iaitu Joel Matip dapat mengelak daripada mengalami sebarang kecederaan berdasarkan situasi ketika ini.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN