fbpx

Keyakinan Adams mula memuncak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADAMS berjaya meledak enam gol setakat ini dan menjadi sandaran penting barisan serangan Southampton. – AFP

SOUTHAMPTON – Penyerang Southampton, Che Adams me­ngakui bahawa kesabarannya menantikan jaringan sulung setelah gagal meledak gol dalam 29 perlawanan membuahkan hasil.

Hujung minggu lalu menjadi saat paling bersejarah buat Southamton apabila mereka berjaya membenam Newcastle 2-0 untuk merakam kemena­ngan kelima daripada enam perlawanan musim ini sekali gus melonjak ke kedudukan pertama Liga Perdana Inggeris buat seketika.

Ia bukanlah secara kebetulan Adams berjaya berada pada prestasi terbaiknya kerana dia sedar bahawa masanya untuk ‘meletup’ akan tiba selepas sekian lama menanti.

Selepas berjaya menjaringkan gol ketika menentang Manchester City pada Julai lalu, dia terus mengorak langkah apabila meledak enam gol dalam 13 penampilan termasuk tiga gol yang dijaringkan dalam empat perlawanan lalu.

“Ia adalah perkara yang sukar dipercayai. Sangat melegakan. Ia adalah berkaitan masa, selepas gol pertama itu hadir, ia memberikan saya keyakinan untuk terus menambah jumlah jaringan,” katanya.

Adams berjaya membentuk gandingan sempurna bersama Danny Ings, namun selepas pemain itu mengalami kece­deraan, Adams terus menjadi sandaran penting Southampton dan berjaya melakukan tugas­nya dengan baik.

Pemain berusia 23 tahun itu berdepan kesukaran ketika kali pertama beraksi di England, namun dia sentiasa mendapat sokongan daripada pengurus Southampton, Ralph Hasenhuttl.

“Ia memang sukar pada mulanya kerana saya perlu mencari keserasian dengan rakan sepa­sukan serta suasana bola sepak di England.

“Saya fikir keyakinan itu hadir selepas menjaringkan gol. Biarpun saya gagal sebelum ini, rakan sepasukan dan pengurus terus memberikan saya sokongan yang membuatkan saya mula menemui sentuhan,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI