fbpx

Ketiadaan Giggs Jejas rentak Wales

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WALES berjaya mengekang asakan AS untuk mengakhiri perlawanan dengan keputusan terikat tanpa jaringan awal pagi tadi.

 

SWANSEA – Wales yang beraksi tanpa kehadiran ketua jurulatih, Ryan Giggs berjaya mengelak daripada diaibkan Amerika Syarikat (AS) apabila seri tanpa jaringan pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Liberty awal pagi tadi.

Giggs bersetuju untuk mengundur diri daripada membimbing Wales dalam tiga perlawanan antarabangsa bulan ini termasuk dua aksi Liga Negara-Negara Eropah menentang Ireland dan Finland minggu depan selepas isunya ditahan pihak polis baru-baru ini.

Legenda Manchester United itu ditangkap selepas dituduh melakukan serangan terhadap teman wanitanya, Kate Graville sebelum dia dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu siasatan dilakukan.

Ketiadaan Giggs menyaksikan Wales yang turut beraksi tanpa kehadiran dua bintang, Aaron Ramsey dan Gareth Bale, dikemudikan sementara waktu oleh pembantu jurulatih, Robert Page.

“Walaupun AS lebih mendominasi perlawanan tetapi saya berpuas hati kerana kami berjaya memastikan gawang tidak dibolosi sekali gus mampu membawa keyakinan ini menghadapi dua perlawanan seterusnya.

“Banyak yang perlu diperbaiki terutama kelemahan-kelemahan sewaktu babak pertama. Saya akui permainan kami lebih meningkat dalam separuh masa kedua,” kata Page.

Pengendali AS, Gregg Berhalter berpuas hati kerana skuadnya kali ini dibarisi enam muka baharu rata-ratanya dalam lingkungan 18 tahun seperti bintang Borussia Dortmund, Gio Reyna, Yunus Musah (Valencia), Konrad de la Fuente (Barcelona), Johnny Cardoso (Internacional), Nicholas Gioacchini (Caen) dan Owen Otasowie (Wolverhampton Wanderers). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI