fbpx

Jual 700 koleksi Hot Wheels, Lego tampung kos rawatan kanser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ab. Karim menunjukkan koleksi permainan yang ingin dijual bagi menampung kos rawatan kanser ketika ditemui di Kampung Rahmat, Batu Pahat semalam.

BATU PAHAT – Seorang pesakit kanser usus tahap empat di Kampung Rahmat di sini terpaksa menjual lebih 700 koleksi Hot Wheels, Lego dan robot aksi Gundam bagi menampung kos rawatan penyakitnya itu.

Ab. Karim Atan, 58, berkata, dia juga bersedia melepaskan baki koleksinya kira-kira 200 unit lagi bagi tujuan sama.

“Sebelum ini saya sudah menjual banyak koleksi permainan dan berjaya kumpul kira-kira RM3,000 hasil jualan itu.

“Namun, duitnya sudah habis digunakan bagi menampung kos rawatan penyakit saya,” katanya ketika ditemui semalam.

Ab. Karim berkata, dia bernasib baik apabila sahabatnya, Mahat Hatip, 57, ba­nyak membantunya termasuk membawanya berulang-alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

“Kami mula rapat selepas saya diupah untuk membuat pagola dan wakaf di rumahnya.

“Ketika kerja tukang di rumah Mahat hampir selesai, saya mula jatuh sakit akhir 2018 dan sejak itu, Mahat banyak membantu saya,” katanya.

Ab. Karim berkata, isterinya, Ramlah Abu meninggal dunia akibat kanser payudara tahap empat pada 16 April 2017 ketika berusia 60 tahun.

Ujarnya, anak perempuan sulungnya telah berkahwin dan tinggal di Kuala Lumpur, manakala anak bongsu bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat menjual kereta di Penggaram.

“Anak kedua saya, Nur Fatin ­Syazwani, 26, terpaksa berhenti ker­ja sebagai kerani untuk me­ngu­ruskan saya yang kerap sakit, na­mun dia tiada lesen memandu un­tuk bawa saya ke hospital,” katanya.

Orang ramai yang ingin membeli koleksi permainan milik Ab. Karim boleh menghubunginya di talian 017-709 0986.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI