fbpx

Helikopter terhempas di Sinai, tujuh askar pengaman maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail bertarikh 7 Mei 2007 menunjukkan sebuah helikopter milik MFO mendarat di sebuah perkampungan di Semenanjung Sinai. - AFP

KAHERAH, Mesir – Kemalangan helikopter melibatkan pasukan pemerhati berbilang negara di Semenanjung Sinai Mesir telah mengorbankan tujuh orang semalam.

Mereka yang terbunuh termasuk lima anggota tentera  Amerika Syarikat (AS), seorang askar  Perancis dan seorang askar Republik Czech, kata pasukan itu.

“Kami sangat sedih dengan kehilangan pada 12 November 2020 (semalam), tujuh rakan sekerja kami terkorban dalam nahas helikopter semasa misi rutin di Pulau Tiran. Ini termasuk seorang anggota Czech, seorang Perancis, dan lima anggota Tentera Pengaman  Berbilang Negara (MFO) AS,” kata pasukan pengaman itu malam tadi.

Dalam pada itu, Presiden AS  yang dipilih,  Joe Biden menyampaikan ucapan takziah kepada waris mangsa dalam satu kenyataan di Twitter.

Pulau Tiran yang dianggap  strategik bersama Sanafir  di Laut Merah, secara rasmi telah diserahkan kepada Arab Saudi pada  2017 sebagai sebahagian daripada satu perjanjian maritim.

Biden juga berharap agar mangsa yang cedera cepat sembuh.

Satu-satunya mangsa terselamat dalam kemalangan itu telah dipindahkan untuk mendapatkan rawatan perubatan, tambah MFO.

“Helikopter Angkatan Pertahanan Israel yang membawa askar mencari dan menyelamat elit  telah memindahkan anggota pengaman MFO AS yang cedera ke hospital di Israel untuk rawatan perubatan,” kata tentera Israel.

MFO ditubuhkan oleh Israel dan Mesir untuk mengawasi sebahagian daripada perjanjian damai bersejarah 1979 setelah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tidak meluluskan penghantaran pasukan pengaman ke  Sinai. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI