IPOH – Perak membenarkan had maksima 30 orang pada satu-satu masa tertakluk kepada keluasan rumah ibadat dengan penjarakan fizikal satu meter wajib dipatuhi.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, ketetapan itu dibuat selaras dengan pengumuman yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara mengenai prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi negeri-negeri yang terlibat.
“Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa aktiviti keagamaan di rumah ibadat bukan Islam adalah dibenarkan mengikut had kehadiran yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Waktu beroperasi rumah ibadat adalah antara pukul 7 pagi hingga 10 malam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ahmad Faizal berkata, aktiviti di rumah ibadat bukan Islam mestilah mematuhi SOP Pembukaan Rumah Ibadat yang telah ditetapkan oleh MKN. – K! ONLINE