fbpx

FAM sedia berbincang dengan AFC isu JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STUART menjelaskan bahawa (MFL) menanti keputusan MKN berhubung permohonan untuk menambah jumlah penonton pada aksi final Piala Malaysia.

 

PASUKAN Johor Darul Ta’zim (JDT) berkemungkinan didenda sebanyak AS$50,000 (RM207,000) dan dua tahun penggantungan daripada beraksi dalam mana-mana kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selepas menarik diri dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini.

Keputusan skuad Harimau Selatan itu dibuat susulan daripada polisi larangan ke luar negara Majlis Keselamatan Negara (MKN) adalah kekal seperti yang diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Peraturan Kejohanan AFC Perkara 6.2, hukuman denda sebanyak AS$50,000 akan dikenakan selain penggantungan daripada beraksi selama dua tahun dalam saingan yang dikelolakan oleh badan induk bola sepak Asia itu.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam mengakui senario terburuk itu mungkin terjadi tetapi pihaknya sedang berusaha untuk berbincang dengan AFC bagi mendapatkan penyelesaian terbaik.

Kata Stuart, rugi sekiranya hukuman dikenakan kepada juara Liga Super itu kerana mereka adalah penyumbang mata utama dalam usaha memastikan Malaysia mendapat satu slot automatik ke ACL dan dua slot ke Piala AFC musim depan.

“FAM masih lagi berbincang dengan AFC mengenai penyelesaian terbaik tetapi mengenai hukuman yang bakal diberikan kepada JDT saya tidak boleh ulas kerana situasi itu hanya akan ditentukan oleh mereka.

“Cuma, saya harap senario terburuk seperti hukuman tersebut (penggantungan dua tahun dan denda AS$50,000) tidak akan berlaku kerana JDT telah beraksi cemerlang dalam kejohanan anjuran AFC sejak beberapa musim lepas,” kata Stuart.

Sebagai rekod, pasukan Pahang sebelum ini telah didenda sehingga dua tahun kerana tidak mahu menyertai Piala AFC pada musim 2018 meskipun mendapat slot automatik dengan status selaku naib juara Liga Super edisi 2017.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI