fbpx

Atlet super lahir di rumah anda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN
KHAIRI MOHAMAD, PENOLONG PENGARANG BERITA

DALAM sejarah sesebuah negara, kemunculan atlet atau ahli sukan super bukan suatu yang normal dan selalu hadir, namun ia sering dinanti-nantikan oleh para peminat sukan.

Atlet super ditakrifkan sebagai ahli sukan yang berprestasi tinggi serta mempunyai bakat yang mengagumkan dan ia sering dirujuk kepada mereka yang mempunyai bakat kurniaan dari Tuhan (gifted).

Bagaimanapun, timbul perdebatan adakah atlet-atlet sebegini sebenarnya muncul kerana bakat dari Tuhan semata-mata tanpa memerlukan kerja keras dan usaha berterusan.

Misalnya, Lionel Messi sering dirujuk sebagai pemain bola sepak yang mempunyai bakat luar biasa kurniaan Tuhan sementara pencabarnya, Cristiano Ronaldo dianggap pemain yang berusaha keras untuk berada di tempatnya ketika ini.

Bagaimanapun, kita sekadar membuang masa untuk menantikan ada atlet negara yang bersifat super ini dilahirkan kerana Ronaldo mungkin menjadi contoh paling tepat menjadi super kerana keyakinan terhadap usaha sendiri.

Tugas untuk memastikan usaha ini bermula tidak seharusnya diserahkan kepada institusi kerajaan seperti Majlis Sukan Negara atau persatuan-persatuan sukan yang lain semata-mata kerana titik mulanya adalah di rumah anda masing-masing.

Sebagai ibu bapa, jika mahu menjadikan anak-anak anda atlet yang unggul, kunci utamanya adalah menguatkan asa sendiri terlebih dahulu sebelum mampu bercakap
aspek-aspek yang berikutnya.

Ibu bapa adalah ‘jurulatih’ terbaik untuk anak-anak yang berminat untuk menjadikan sukan sebagai karier kerana motivasi dan dorongan yang diberikan tidak akan pernah sama dengan apa yang mampu diberikan oleh jurulatih-jurulatih profesional lain.

Mungkin ia bukanlah 100 peratus mampu diberikan tetapi bagi aspek mental dan jati diri, hanya ibu bapa mengerti mengenai faktor X yang dimiliki anak
masing-masing.

Penulis mahu mengambil contoh pelumba kereta dari Jepun, Juju Noda yang merupakan anak kepada bekas pemandu Formula 1, Hideki Noda yang menyertai perlumbaan itu sekitar tahun 1994.
Hideki bukan seorang pelumba yang terkenal kerana hanya beraksi untuk tiga perlumbaan sahaja itupun sekadar menggantikan pelumba utama pasukan Larrousse, Yannick Dalmas serta gagal mengutip sebarang mata.

Namun, impian besarnya dalam sukan permotoran itu menyebabkan dia mula mempersiapkan anak perempuannya, Juju yang kini berusia 14 tahun untuk menjadi pelumba wanita pertama dalam saingan F1.

Pada usia sembilan tahun, Juju menjadi pelumba paling muda beraksi untuk saingan F4 dan berjaya memecahkan rekod sepusingan untuk saingan tersebut di Litar Antarabangsa Okayama menerusi catatan 1 minit 32.80 saat yang sebelum itu dipegang oleh Shintaro Kawabata yang berusia 22 tahun ketika melakukan rekod itu dengan 1 minit 33.679s.

Ia mungkin secebis kisah yang agak luar biasa tetapi ia bukan suatu yang mustahil kerana jika ada kemahuan di situ ada jalan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI