fbpx

APM selamatkan lembu tersangkut dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM berjaya mengeluarkan lembu yang ditemui orang awam tersangkut dalam longkang di Kampung Pulau Sebang, di sini hari ini.

ALOR GAJAH – Sepasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) daerah ini mengambil masa kira-kira 20 minit membantu mengeluarkan seekor lembu betina seberat 130 kilogram yang terjatuh ke dalam longkang di Kampung Pulau Sebang, di sini pagi tadi.

Pegawai APM Daerah Alor Gajah, Kapten (PA) Aljibin Suddin berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 11.39 pagi daripada orang awam.

Katanya, sepasukan enam anggota telah ke lokasi dan mendapati terdapat seekor lembu betina berada di dalam longkang di kawasan tersebut.

“Pasukan APM mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan lembu tersebut yang seberat 130 kilogram.

“Lembu itu hanya mengalami kecederaan di bahagian belakang ekor,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Aljibin berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat berhubung pemilik lembu tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI