fbpx

785 kenderaan terbiar ditunda MBSA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan terbiar yang ditunda di Seksyen U1, Shah Alam baru-baru ini.

SHAH ALAM – Sebanyak 782 kenderaan terbiar telah ditunda sepanjang tempoh Januari hingga September lalu di sekitar bandar raya ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, penundaan itu bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini terutama kemalangan serta masalah lalu lintas susulan kenderaan terbiar di bahu jalan dan kawasan parkir awam.

“Langkah ini juga bagi membasmi tempat pembiakan nyamuk Aedes yang boleh menyebabkan demam Denggi dan bagi memastikan bandar raya Shah Alam kekal bersih.

“Penundaan kenderaan terbiar dan terbengkalai dilakukan mengikut Seksyen 46 (1) (e) Undang- Undang Kecil Taman (MBSA) 2005,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau menjelaskan bagi kenderaan terbiar yang telah ditunda akan ditempatkan di Depoh Simpanan Tunda di Seksyen U16, Seksyen 17 dan Seksyen 31 di sini.

Tambah Shahrin, caj simpanan di depoh adalah sebanyak RM10 sehari.

“Justeru, orang ramai dinasihatkan agar tidak membiarkan kenderaan terbiar di bahu-bahu jalan dan tempat letak kereta,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI