fbpx

Semak semula tawaran tanah kepada pasukan Selangor 1995

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (dua kanan) ketika sidang akhbar sebaik pelancaran program Pembangunan Usahawan India Selangor (SITHAM) anjuran Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) di sini hari ini.

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor berjanji akan menyemak semula berkenaan tawaran sebidang tanah kepada pasukan The Red Giants yang berjaya menjulang Piala Malaysia pada tahun 1995.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, semakan itu bagi memastikan sama ada tawaran tanah pernah diluluskan atau sebaliknya.

“Kita akan semak semula data yang dikeluarkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sebelum ini. Jika benar, kita mahu tahu di mana lokasinya (tanah) itu.

“Bagi memenuhi tawaran (sebidang tanah) itu mungkin membebankan kerana melibatkan 30 individu termasuk pegawai, jurulatih dan pemain serta dimaklumkan ada sebilangan pemain telah meninggal dunia,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan program pembangunan Usahawan India Selangor (SITHAM) anjuran Yayasan Hijrah Selangor di sini hari ini.

Terdahulu, skuad Piala Malaysia Selangor 1995 mengadakan sidang akhbar khas semalam mempersoalkan berkenaan tawaran sebidang tanah seluas 0.4 hektar yang dijanjikan kepada mereka selepas kejayaan merangkul Piala Malaysia.

Wakil pemain yang juga bekas kapten Selangor, Ismail Ibrahim menuntut penjelasan daripada pihak bertanggungjawab mengenai ganjaran terbabit memandangkan telah dianugerahkan secara nyata kepada mereka.

Menteri Besar Selangor ketika itu Tan Sri Muhammad Muhd. Taib membuat pengumuman untuk menganugerahkan sebidang tanah kepada setiap pemain dan pegawai Selangor.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya akan mengaturkan pertemuan dengan mereka yang terlibat bagi menyelesaikan kemelut tersebut.

“Walaupun ini bukan bebanan yang perlu ditanggung kerajaan negeri sekarang, saya rasa mereka menyumbang kepada kejayaan dan kegemilangan negeri pada satu ketika dahulu sehingga mereka dikenali hingga kini.

“Jauh di sudut hati, saya ada rasa simpati terhadap mereka. Apapun kita perlu teliti sebarang bentuk bantuan yang boleh diberikan,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI