fbpx

Sabalenka mudah ke pusingan kedua di Terbuka Linz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LINZ, Austria – Pilihan pertama, Aryna Sabalenka tidak mempunyai masalah untuk mara ke pusingan kedua Terbuka Linz selepas mudah menewaskan pemain kurang ternama, Jasmine Paolini pada aksi pembukaan awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, pemain kelahiran Belarus itu hanya memerlukan 87 minit untuk menyingkirkan Paolini dengan keputusan straight-set 6-4, 6-4 sekali gus menempah tiket ke pusingan kedua menentang Stefanie Voegele hari ini.

Sabalenka yang masih segar dengan kemenangan selepas menjuarai Terbuka Ostrava pada bulan lepas mengakui sangat teruja apabila dapat meneruskan momentum cemerlang pada aksi di gelanggang tertutup itu.

Kata Sabalenka, meskipun berjaya menang dengan keputusan straight-set, cabaran yang diberikan oleh Paolini sangat hebat sehingga menyukarkannya mendominasi perlawanan sepenuhnya.

“Saya melakukan kesilapan yang sangat besar jika memandang rendah terhadap perlawanan melibatkan pemain bukan pilihan dan itulah yang berlaku apabila Paolini mempamerkan tentangan yang cukup sengit menyebabkan saya terpaksa berhempas pulas.

“Secara keseluruhan, saya sangat berpuas hati apabila berjaya meraih kemenangan tetapi ini hanyalah pusingan permulaan. Saya perlu segera fokus untuk mengharungi aksi seterusnya menentang Voegele,” katanya yang menduduki ranking No. 11 dunia.

Terdahulu, Voegele yang juga pemain kelahiran Switzerland berjaya mara ke pusingan kedua selepas menewaskan Viktoria Kuzmova dengan kemenangan straight-set 7-6, 6-3. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN