fbpx

PKPD di tiga kampung di Kudat dilanjutkan 14 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PETALING JAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan di tiga buah kampung di daerah Kudat sebelum ini dilanjutkan lagi selama 14 hari sehingga 26 November depan.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, lanjutan tempoh tersebut dilakukan selepas ketiga-tiga lokaliti iaitu Kampung Pengaraban, Tanjung Kapor dan Kampung Landung Ayang masih mempunyai kes aktif.

Jelas beliau, kerajaan sebelum ini telah mengenakan PKPD di kawasan terbabit bermula 30 Oktober lalu sehingga hari ini.

“Sehingga semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) telah melakukan sebanyak 14,096 saringan kepada semua penduduk di tiga kawasan ini.

“Masih terdapat kes aktif di tiga-tiga lokasi ini iaitu Kampung Pengaraban sebanyak 21 kes aktif, Tanjung Kapor 10 kes aktif dan Landung Ayang 54 kes aktif,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, terdapat sejumlah besar sampel saringan masih lagi menunggu keputusan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI