SESUATU yang cukup membanggakan buat kumpulan IZ*ONE apabila album baharu mereka berjudul Twelve mendapat pengiktirafan emas di Jepun.
Album bahasa Jepun tersebut diluncurkan secara rasmi pada 21 Oktober lalu dan pantas menduduki carta sehingga memecahkan rekod untuk jualan tertinggi dalam masa sehari.
Album Twelve mencatat jualan sebanyak 124,178 unit dan menduduki tempat pertama dalam carta berkenaan.
Kedudukan tersebut dirampas IZ*ONE daripada Twice yang pernah menduduki tangga tertinggi apabila album berjudul #TWICE2 terjual sebanyak 95,825 unit pada hari pertama pelancaran.
Pada 10 November lalu, Persatuan Industri Rakaman Jepun (RIAJ) mengumumkan keputusan berkenaan penjualan album bagi bulan Oktober.
Senarai tersebut termasuklah untuk album Twelve.
Anugerah emas daripada RIAJ diberikan kepada penjualan album dan single yang melebihi kumulatif penjualan mencecah 100,000 unit.