fbpx

Penduduk Malaysia cecah 32.69 juta orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Malaysia kini berjumlah 32.69 juta orang.

PETALING JAYA – Populasi penduduk Malaysia pada suku tahun ketiga 2020 dianggarkan seramai 32.69 juta orang meningkat sebanyak 0.4 peratus berbanding suku sama tahun lalu iaitu pada jumlah 32.56 juta orang.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, jumlah itu merangkumi seramai 29.78 juta orang (91.1 peratus) warganegara dan 2.92 juta orang bukan warganegara (8.9 peratus).

“Pada suku tahun ketiga 2020, penduduk lelaki melebihi penduduk perempuan iaitu masing-masing sebanyak 16.82 juta dan 15.88 juta orang. Nisbah jantina adalah 106 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

“Tiga negeri yang mencatatkan komposisi penduduk tertinggi pada suku tahun ketiga 2020 ialah Selangor (20 peratus) diikuti Sabah (12 peratus) dan Johor (11.6 peratus),” katanya di sini tadi.

Jelasnya, Wilayah Persekutuan Labuan pula mencatatkan komposisi penduduk terendah iaitu pada kadar 0.3 peratus sahaja. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI