fbpx

Maruku mesti ada semasa Deepavali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Malar menyiapkan tempahan maruku di rumahnya di Taman Negeri, Port Dickson, ketika ditemui baru-baru ini.

PORT DICKSON – Tidak sama seperti tahun sebelum ini, perayaan Deepavali kali ini disambut sederhana dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hampir di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia.

Namun, bagi peniaga maruku, K. Malar, 43, maruku merupakan snek yang perlu ada ketika sambutan Deepavali.

Ujarnya yang sudah tujuh tahun menjual maruku, dia sudah menerima tempahan maruku untuk perayaan Deepavali sejak dua bulan lalu.

“Saya menerima tempahan setiap hari walaupun bukan musim perayaan. Namun untuk perayaan Deepavali saya telah buat maruku sejak sebulan lalu bagi menyiapkan tempahan dari pelanggan.

“Bagaimanapun, tempahan pada tahun ini sedikit berkurangan berbanding tahun-tahun sebelum ini mungkin disebabkan PKPB dan tidak ramai pulang ke kampung berhari raya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Negeri, Port Dickson baru-baru ini.

Malar menjelaskan, dia menutup tempahan awal sebulan lalu bagi memudahkan tempahan dapat disiapkan dan dihantar kepada pelanggan dengan pada waktu yang ditetapkan.

“Saya mahu tempahan maruku disiapkan dengan kualiti yang sedap dan risau lewat dihantar kepada pelanggan jadi saya menyiapkan tempahan tepat pada waktu yang diminta,” katanya yang hanya menerima 50 balang tempahan pada tahun ini.

Bagi menyiapkan setiap tempahan, Malar turut dibantu anaknya, T. Novinesh, 20 yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) masalah pembelajaran.

Katanya, Novinesh akan menyusun maruku di dalam balang tin atau botol sebelum dihantar kepada pelanggan.

“Anak saya akan membantu saya di dapur sepanjang saya menyiapkan tempahan maruku ini dan dia juga turut bersemangat serta bersama-sama sejak mula saya mengambil tempahan maruku.

“Saya anggap ini satu rezeki dapat memberi tunjuk ajar membuat makanan wajib Deepavali kepada dia,” katanya.

Malar juga memberitahu, pelanggannya terdiri daripada pelbagai bangsa dan dia hanya menerima tempahan dari rakan-rakan terdekat melalui aplikasi WhatsApp.

“Bukan sahaja orang India namun ada juga orang Melayu yang membuat tempahan pada perayaan Deepavali tahun ini,” katanya lagi.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI