fbpx

‘Mari sini aku kikis pula duit kau’ – Nubhan naik berang terhadap netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUBHAN dan isterinya, Afifah.

PETALING JAYA – Penyanyi Nubhan berang apabila ada pihak mendakwa isterinya, Dr. Afifah Tawfek yang kini tidak lagi bekerja sebagai doktor gigi kerana telah ditamatkan kontrak.

Menurut bekas peserta program Akademi Fantasia musim keenam itu, isterinya yang bekerja sebagai doktor gigi di sebuah hospital kerajaan sebenarnya telah diserap ke jawatan tetap yang telah diarahkan bertugas di Johor pada Jun lalu. Bagaimanapun, isterinya memilih untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa.

“Saya serahkan 100 peratus pada dia (isteri) untuk memilih. Alhamdulillah keluarga adalah keutamaan dia.

“Saya tidak paksa isteri untuk bekerja dan tidak paksa dia untuk berhenti kerana keluarga saya adalah tanggungjawab saya.

“Tak apalah, pendapat orang macam-macam. Ada yang cakap masa depan isteri saya bakal musnah. Tapi tak fikir ke? Entah-entah masa depan dia makin gemilang selepas ini? Mana tahukan? Sebab kita bukan Tuhan,” ujar Nubhan di status dalam akaun Instagramnya.

Dalam status yang dimuat naik itu, Nubhan turut berkongsi foto memaparkan surat tawaran isterinya ditawarkan kerja tetap sebagai Pegawai Pergigian Gred UG41.

NUBHAN turut menyiarkan surat berhubung pekerjaan isterinya yang telah ditawarkan jawatan tetap pada Jun lalu.

Kata penyanyi yang popular menerusi lagu Ada Untukmu itu lagi, ketika isterinya masih bekerja, dia telah dituduh mengikis duit isterinya.

“Sekarang dah tak kerja, mari sini aku kikis pula duit kau.

“Dia (Tuhan) sebaik perancang dan dia juga menentukan rezeki kita masing-masing. Ramai yang tahu tapi mungkin kurang mengerti. Apa orang-orang ini kurang yakin dengan rezeki Allah SWT?

“Mungkin juga hidup-hidup kalian rasa megah dan bahagia di mata manusia?” katanya.

Pada masa sama, Nubhan juga meminta masyarakat untuk mendoakan perkara yang baik-baik memandangkan masing-masing hidup di muka bumi ini bersama.

Terdahulu, Afifah nekad dengan keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai doktor gigi dan memberi tumpuan sepenuh masa menjadi suri rumah.

Nubhan dan isteri telah mendirikan rumah tangga pada Ogos 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aafiyah Kamilia dan Ahmad Aaffan. K! ONLINE
-Habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI