fbpx

Dua lelaki Rohingnya didakwa rogol gadis 15 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang tertuduh, Mohammed Karim (kiri) dibawa ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol gadis bawah umur berusia 15 tahun.

AMPANG – Dua lelaki Rohingya termasuk seorang remaja bawah umur mengaku tidak bersalah di dua mahkamah berasingan di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan tempatan berusia 16 tahun Ogos lalu.

Kedua-dua tertuduh iaitu juvana berusia 17 tahun dan Mohammed Karim Mohammad, 20, membuat pengakuan bersalah itu selepas pertuduhan masing-masing dibacakan di hadapan Majistret Normaizan Rahim dan Hakim Mahkamah Sesyen Norhazani Hamzah.

Di Mahkamah Majistret, tertuduh juvana itu didakwa dengan sengaja merogol mangsa yang ketika itu berusia 15 tahun tujuh bulan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di tangga di Taman Komersil, Pandan Indah di sini pukul 2 pagi pada Ogos lalu.

Bagi pertuduhan itu, remaja itu didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan hendaklah juga dihukum dengan sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Suriantiazila Muhamad tidak mencadangkan sebarang ikat jamin kerana tertuduh merupakan seorang pendatang asing manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam tidak membuat rayuan kerana tiada penjamin.

Normaizan kemudiannya tidak membenarkan tertuduh juvana itu diikat jamin dan menetapkan 6 Januari tahun depan sebagai sebutan semula kes.

Sementara di Mahkamah Sesyen tertuduh, Mohammed Karim yang bekerja sebagai operator kilang turut mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan melakukan perbuatan sama di sebuah rumah tidak bernombor masing-masing pukul 1 petang pada September dan 3 petang pada Oktober lalu di lokasi sama.

Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut seksyen dan memperuntukkan hukuman yang sama.

Timbalan Pendakwa Raya, S. Sangitaa tidak menawarkan sebarang ikat jamin kerana tertuduh seorang pendatang asing, berisiko untuk melarikan diri dan mengganggu mangsa.

Beliau turut memohon mahkamah untuk melihat keseriusan dan sifat pertuduhan malah mengambil kira mangsa yang hanya berusia 15 tahun tujuh bulan ketika kejadian.

Bagaimanapun, tertuduh Mohammed Karim yang diwakili peguam, Kelvinder Singh Sidhu merayu agar anak guamnya diberi ikat jamin dengan alasan dia merupakan penanggung tunggal keluarga dan perlu menjaga dua anak yang berusia setahun dan empat tahun selain isterinya yang mengandung tujuh bulan.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak Hakim Norhazani tidak membenarkan Mohammed Karim diikat jamin dan menetapkan 14 Disember ini untuk sebutan semula kes. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI