fbpx

Argentina gugur khidmat Dybala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DYBALA berdepan masalah kesihatan menyebabkan dia digugurkan daripada skuad Argentina yang akan berdepan Paraguay dan Peru. – AFP

BUENOS AIRES – Bintang Juventus, Paulo Dybala digugurkan dari­pada skuad antarabangsa Argentina selepas disahkan me­ngalami masalah kesihatan.

Pemain yang bernilai £72 juta (RM393.6 juta) itu sebelum ini tidak berdepan sebarang masalah ketika membantu Juventus seri 1-1 menentang Lazio Ahad lalu.

Dybala dipanggil untuk me­nyertai skuad Argentina bagi membantu pasukan itu menghadapi saingan kelayakan Pia­la Dunia menentang Paraguay dan Peru.

Bagaimanapun, pemain berusia 26 tahun itu terpaksa diketepikan selepas pasukan perubatan Argentina mendapati Dybala berdepan masalah kesihatan.

“Marcos Acuna dan Paulo Dybala sudah digugurkan daripada skuad. Marcos terpaksa diketepikan kerana berdepan masalah otot ketika membantu kelabnya, Sevilla Sabtu lalu.

“Sementara itu, Dybala pula berdepan masalah pada bahagian sulit dan perlu berehat daripada bermain bola buat seketika. Dia perlu menjalani ujian lanjut selepas ini,” kata wakil pasukan Argentina.

Ketiadaan Dybala dalam skuad Argentina sedikit sebanyak me­ngundang resah penyokong Albiceleste selepas kali terakhir dia beraksi bersama pasukan itu tahun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI