fbpx

Anggota polis IPD Ampang Jaya maut dalam kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuan Mahmud maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam satu kemalangan.

PETALING JAYA – Seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Taman Cempaka, Ampang malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.50 itu, mangsa yang dikenali sebagai Tuan Mahmud Tuan Mamat berpangkat Koperal daripada Bahagian Siasatan Jenayah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Jurucakap polis berkata, laporan berkaitan kejadian kemalangan itu disalurkan oleh orang awam menerusi panggilan kecemasan Mers 999.

Katanya, sejurus menerima panggilan tersebut, sepasukan anggota daripada unit trafik IPD Ampang Jaya telah bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian anggota trafik mendapati terdapat satu kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Kawasaki KR150 dinaiki seorang lelaki.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, mangsa adalah anggota daripada IPD Ampang Jaya yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI