fbpx

Ahli Parlimen Kepong diusir dewan, label Azhar Azizan ‘bodoh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Parlimen.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng telah diusir dari sidang Dewan Rakyat hari ini kerana bersikap biadab dengan memanggil Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun sebagai ‘bodoh’.

Lip Eng juga berdegil enggan keluar daripada dewan apabila diminta oleh bentara berbuat demikian sehingga menyebabkan Azhar bertegas untuk mendapatkan bantuan polis.

Beliau tidak dibenarkan menghadiri sidang Dewan Rakyat selama lima hari bermula hari ini.

Terdahulu, situasi panas tercetus selepas sesi soal jawab berakhir apabila beberapa Ahli Parlimen pembangkang termasuk Lim Guan Eng (PH-Bagan) mendesak Datuk Seri Tiong King Sing (GPS-Bintulu) meminta maaf atas kenyataan mendakwa Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ‘takut mati’’ semalam.

Azhar cuba menenangkan keadaan dewan dengan menyatakan bahawa hasil penelitiannya, dia tidak boleh mengeluarkan petua kerana telah diputuskan semalam oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said berdasarkan Peraturan 43 Perarturan Mesyuarat Dewan.

Kenyataan itu membuatkan Lip Eng bangkit dengan menyatakan bahawa itu merupakan satu petua yang bodoh sehingga menyebabkan suasana dalam sidang semakin panas dengan pertikaman lidah antara blok penyokong kerajaan dan pembangkang.

Ketika Azhar cuba memberi penjelasan, Lip Eng tetap berdegil mengganggu sehingga menyebabkan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu memberi amaran sebanyak tiga kali namun Lim Eng tidak menghiraukan amaran berkenaan dan berterusan menimbulkan kekecohan sehingga mengganggu ucapan Azhar.

“Saya perhalusi hansard, masalahnya Timbalan Yang Dipertua bukan sahaja sekali berkata malah sudah dua tiga kali, kuasanya seperti Speaker. Dia pengerusi ketika dia berada di kerusi tersebut yang telah buat ruling.

“Ikut Peraturan 43 saya tak boleh buat overule tak bagus dan tak baik kerana ruling itu telah dibuat oleh Timbalan Speaker. Ikut Peraturan 43 kalau ruling itu dibahas semula, satu usul persendirian terpaksa dibuat. Jadi, saya terikat dengan perkara ini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI